Pages

Followers

Sunday, June 19, 2011

cintaku di ujong minggu

tajuk mmg super takleh blah! =)) sila jgn muntah kluar ulat kot ada yg terbace.. maklumla.. bila jauh dari laki inilah bahananya... huhu~ dapat berjumpa pon sebulan skali (budget constraint =)) ) .. pastu jumpa pon sabtu ahad je.. tapi btol orang kata.. baru rindu lebey sket =)) ngahahahaha

mingu lepas cik abe mai penang.. bawak anak branak naik feri.. pi jalan kat pulau.. pastu pi pekena mi ketam..mi udang.. mi rebus.. dan sgala apa bala mi lagi sumer sapu.. ni kalah mpaj macam ni gayanya =)) =)) dan hasilnya tah brape kilo la badan aku naik.. hahahaha

adelia dah pandai panggil ayah.. ayah gi dapor je.. "ayahhhh".. ayah gi bilik air je.. "ayahhhhh" kemain lagi lenggok cakap dia... cer kalo panggil aku.. "mmmmi!!" ... "mmmmii!!! " =)) macam tempik apa je hahaha.. tapi takpela.. happy bila tengok dia close ngan ayah camtu.. uhuhu..

penat sbenarnya tak berehat 2 minggu kursus ni...ni sambung lagi 3 hari.. back to back.. total hari kursus 4 + 9 + 3 = 16 hari dah... kalo gomen setahun kene baper?? aku pon lufer dah hahahaha... ok.. nak pi sambung mengarut lam kursus lagik.. kekeke.. dddaaaaaaaaa


Monday, June 13, 2011

Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi!! by Little Mama Diary

Contest!! Contest!!
Siapa suka shawl especially boleh masuk.. hihihi..

Little Mama ni dengan baik hatinya nak bagi shawl kat sesiapa yg berminat... shawl yg dibeli utk diri sendiri yg mostly new nak di bagi sebab katanya beliau tak sesuai nak melilit² shawl ni.. mmg leceh sikit..

berbalik kepada diriku ini.. aku sememangnya pemakai tudung bawal tegar.. penah gak berjinak² dengan shawl dulu...memang suka... tapi cik abg kata nak pakai sendiri takpe..kluar ngan dia jangan..hahahaha...

tapi since skang ni dah dok jauh dari hubby.. keje pon memerlukan aku utk versatyle.. (perlu ke?? hahaha) so nak gak mencuba..apa salahnya ye dak..daripada nak membeli..ni ada pulak orang nak bagi pweee... tak salah mencuba..ada rejeki adela... kekeke...

saya ROSIE POSIE, mau shawl sbb saya mau cantik juga!!

kekeke aci tak kak?

sesiapa yg nak join..meh klik banner kat bawah ni!!



'Create

Sunday, June 5, 2011

Kecuaian yang Tak Boleh di Maafkan !!


Semalam merupakan hari yang mampu membuatkan jantung aku luluh sebagai seorang ibu... kecuaian yang takkan aku maafkan sampai bila²...

Bila kita dengar kejadian salah beri ubat, yang mendatangkan kesan yang tak berapa nak baik kepada sesetengah pihak.. pernah tak kita paham apa perasaan diorang? pernah tak kita rasa NO! INI TIDAK BOLEH BERLAKU!! TIDAK BOLEH BERLAKU LANSUNG!!

Dulu aku sekadar dengar.. tengok.. dan lupa.. tapi sbb kejadian semalam buatkan aku akan pasti lebih berhati² lepas ni.. sakit hati sangat.. semalam aakif di salah inject oleh nurse kat klinik kesihatan k*** s*****. instead of bagi dia injection for baby 3 bulan..dorang bagi yang 6 bulan punya... 3 bulan weh jarak dia... ish laaa....yang aku geram sangat sbb kesilapan tu dilakukan oleh seorang pelatih yg over excited semacam. geram!!

masa memula dia tanya² pasal progress aakif, aku yakin tu prosedur biasa sbb sebelum ni adelia pon camtu gak.. tapi slalu dia panggil dalam bilik..tapi ni tak..dia buat kat tempat menunggu kat luar.. aku pon assume ok..maybe dia panggil aku tak dengar kot...sebab tu buat kat luar... lepas dah tanya² tu aku pon masuk bilik suntikan...

masa lam bilik suntikan ni ada 2 orang trained nurse.. yang diorang buat cuma berpeluk tubuh, dok tepi, macam otai, tanya soklan² kat trainee tu camne nak fill ubat dalam syringe, ada bubble ke apa.. pasal tong sampah pon boleh naik.. tapi apesal dorang boleh tak verify..aakif baper bulan, tak verify apa budak tu nak bagi..dan nak verify apa-apa la sebelum suntikan tu nak dibuat... kalau korang masuk and tengok ada nurse terlatih, sure la kita percaya kan dengan apa yg diorang nak buat..so not many question asked... aakif pon dicucuk...

lepas aakif cucuk turn adelia untuk interview and aku masuk lam bilik yg sepatutnya. kebetulan masa tu trainee tu mintak sign off from nurse yg in charge..masa tu nurse tu kata.."AWAK BAGI SUNTIKAN APA KAT BUDAK NI NIH?!!" masa tu aku rasa jantung aku nak tercabut..air mata aku dah jatuh dulu dah.. yerla.. ni anak kita nih! bukan main².. aku masa tu ngan interview adelia pon tah ke mana.. aku dah geram sangat dah.. bila tanya apa kes ni..diorang soh tunggu utk discussion..

aku terus melulu kluar carik in law aku.. and since in law aku ni medical staff, dorang pon berasap la..trus questioned mcm²... aku sakit hati rasa nak cincang² je trainee yg cucuk anak aku tu..kalau tak reti dok je tepi..she's not even qualified to do the injection!! Ya Allah.. apa kena lah budak ni...

lepas explanation given, aku mintak bercakap ngan doc pakar.. and doc pakar komfemkan kat aku yg hep B sebelum ni mmg pernah bagi pada budak 3 bulan semua..and aku dalam hati rasa macam aku tak mo dengar semua ni! aku nak tahu anak aku akan ok ke tak je! tolonglah!

atas nasihat in law ari ni aku tulis surat kat pengarah kk tu..tengok apa tindakan dia nak amik.. aku tak kira.. ni pasal nyawa orang ni boleh dia buat main..suka² suntik itu ini... jadual imunisasi tu takkan dia buat saje² kenalah ikut kan?

geram aku still tak habis... takut weh... hope aakif tak apa² Amiin...

Utk ibu², questioned je misi² yg nak suntik anak² kita ni..biar lah dorang nak marah ke.. nak annoy ke.. we have the right! jangan disebabkan percaya sangat dorang buat kerja jadik cam aku..sumpah aku lepas ni akan lebih cerewet bila anak aku nak dicucuk... tak caya tengokla..nasib korang lah misi!!

Thursday, June 2, 2011

Dunia kejam ke atau manusia yang kejam???


tak menitik ke air mata korang bila dengar berita bayi baru lahir di campakkan dari tingkat atas sebuah pangsapuri.... tak menangis ke korang bila dengar ada bayi di jumpai mati di dalam tong sampah.. salah siapa?? dunia yang kejam ke?? atau manusia yg kejam??

dua hari lepas kita di kejutkan ngan berita bayi yg masih bertali pusat di campak dari tingkat atas... bila berita sebut bayi lelaki baru lahir je..aku pandang anak aku aakif...teringat dia masa baru lahir..menangis.. and bayangkan kalau bayi sebesar tu dalam keadaan termangu² lahir kat dunia tiba² di campak.. memang kalau ikutkan itulah perjanjian yg termaktub di Loh Mahfuz.. yang dia hanya akan hidup sampai di situ.. tapi.. mmg sangat tak diterima akal bila seorang ibu/bapa sanggup ,sampai hati, biarkan dia pergi dengan cara yg macam tu... macam² terlintas kat kepala otak aku... gila ke?? kena rasuk hantu ke?? Aduhai... meleleh air mata..sayu hati rasanya... Orang yg tak ada anak berusaha nakkan anak..yg dikurnia anak pulak tak bersyukur lansung!

Selalu kita kata, bayi ni adalah permata² dari syurga..kupu² dari syurga.. perginya bayi di usia awal menjadi saham utk mak ayah di akhirat kelak... cuma nak tuju yang abadi tu mak ayah perlu lah beramal kat dunia ni..tapi orang² yg anak² dia mati camni patut ker?? nan adoo lah nak tunggu... semoga Allah turunkan balasan setimpal di atas perbuatan keji manusia² yang macam ni!! sungguh aku tak suka!!

cuba kita tengok balik.. kat mana silap kita sebagai manusia...
dulu orang buang anak depan pintu rumah... skang orang campak anak dari atas rumah....
dulu orang buang anak dekat tepi masjid... skang orang buang anak kat tepi jalan...
dulu orang buang anak mesti nak bagi orang jumpa.. skang buang anak seboleh² taknak orang tahu..disumbat dalam botol, disumbat dalam jamban..disumbat dalam tong sampah..

Nauzubillah...Nauzubillah..Nauzubillah...
Semoga kita amik iktibar dari kejadian² ni and moga Allah melindungi kita dari terkena tempias bala angkara perbuatan² terkutuk ini...

Just an article utk kita renung²kan di hari jumaat yg mulia ni tentang anak²..


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.



Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium..” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


ADELIA...AAKIF... Ummi dan ayah sayang korang berdua..sangat²... sesungguhnya korang lebih dari segala²nya... korang la kekuatan ummi dan ayah.. nyawa ummi dan ayah...
Moga membesar menjadi anak soleh dan solehah dan berbakti kepada orang tua..