Pages

Followers

Thursday, June 2, 2011

Dunia kejam ke atau manusia yang kejam???


tak menitik ke air mata korang bila dengar berita bayi baru lahir di campakkan dari tingkat atas sebuah pangsapuri.... tak menangis ke korang bila dengar ada bayi di jumpai mati di dalam tong sampah.. salah siapa?? dunia yang kejam ke?? atau manusia yg kejam??

dua hari lepas kita di kejutkan ngan berita bayi yg masih bertali pusat di campak dari tingkat atas... bila berita sebut bayi lelaki baru lahir je..aku pandang anak aku aakif...teringat dia masa baru lahir..menangis.. and bayangkan kalau bayi sebesar tu dalam keadaan termangu² lahir kat dunia tiba² di campak.. memang kalau ikutkan itulah perjanjian yg termaktub di Loh Mahfuz.. yang dia hanya akan hidup sampai di situ.. tapi.. mmg sangat tak diterima akal bila seorang ibu/bapa sanggup ,sampai hati, biarkan dia pergi dengan cara yg macam tu... macam² terlintas kat kepala otak aku... gila ke?? kena rasuk hantu ke?? Aduhai... meleleh air mata..sayu hati rasanya... Orang yg tak ada anak berusaha nakkan anak..yg dikurnia anak pulak tak bersyukur lansung!

Selalu kita kata, bayi ni adalah permata² dari syurga..kupu² dari syurga.. perginya bayi di usia awal menjadi saham utk mak ayah di akhirat kelak... cuma nak tuju yang abadi tu mak ayah perlu lah beramal kat dunia ni..tapi orang² yg anak² dia mati camni patut ker?? nan adoo lah nak tunggu... semoga Allah turunkan balasan setimpal di atas perbuatan keji manusia² yang macam ni!! sungguh aku tak suka!!

cuba kita tengok balik.. kat mana silap kita sebagai manusia...
dulu orang buang anak depan pintu rumah... skang orang campak anak dari atas rumah....
dulu orang buang anak dekat tepi masjid... skang orang buang anak kat tepi jalan...
dulu orang buang anak mesti nak bagi orang jumpa.. skang buang anak seboleh² taknak orang tahu..disumbat dalam botol, disumbat dalam jamban..disumbat dalam tong sampah..

Nauzubillah...Nauzubillah..Nauzubillah...
Semoga kita amik iktibar dari kejadian² ni and moga Allah melindungi kita dari terkena tempias bala angkara perbuatan² terkutuk ini...

Just an article utk kita renung²kan di hari jumaat yg mulia ni tentang anak²..


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.



Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium..” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


ADELIA...AAKIF... Ummi dan ayah sayang korang berdua..sangat²... sesungguhnya korang lebih dari segala²nya... korang la kekuatan ummi dan ayah.. nyawa ummi dan ayah...
Moga membesar menjadi anak soleh dan solehah dan berbakti kepada orang tua..

2 comments:

  1. tue la umat akhir zaman..dah nk kiamat ape..manusia lagi hina dari binatang..haiwan pon tahu sayangkan anak..

    ade org punyela susah nk dpt anak..depa senang2 je bunuh anak..hishh..laknat org2 mcm nie hendaknya..

    ReplyDelete
  2. sedih kn ros...moga pelaku menginsafi la perbuatan dia... tapi sangat kejam rasanya :(

    ReplyDelete