Pages

Followers

Tuesday, August 23, 2011

Duit Raya ku Habis Sudah!

Sob sob... :(( rasa nak nanges guling²... huhuhu... haiii la duit...

kalo kita cerita pasal duit..sampai bila pon tak habis... cam si Damian VE cakap.. " kalau nak kira cukup tak cukup duit..sampai bila pun tak cukup" huhuhu...jadi redhakan je lah =))

apehal?? cer citer cer citer...
alkisah semalam cuti emejensi.. =)) niat di hati nak gi 'shopping' raya... (shopping lah sangat!) =)) dan niatku tercapai bila aku berjaya shopping di workshop dix xen =)) =))

senin lepas ekzos mak jatuh... =)) krung krang krung krang atas jalan... =)) telefon cik abang la la tu jugak kena gelak =)) guling² dah gamaknya dia.. aku? cam biasa la.. muka buat² cam takde apa².. senyum²..buat² main ngan adelia.. =)) padahal kat luar kete dah bunyik cam jet.. broomm broomm =)) tak campo lagi dengan bunyi besi ekzos tu seret jalan =)) maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

kena plak insiden jadik masa nak gi azar.. kalo ko.. ko nak pegi?? nan adoooooooooo la! hahaha.. drive thru je mak biarpon lam poket de seposen dua (sementara nak tunggu gaji nih =)) )

so semalam pegi kedai niat nak welding ekzos je..rupanya piping tu dah cedera parah dah.. :(( kena ganti piping lain.. bila soh sebis skali macam² mak nenek hal keluar... cam biasala.. " kau tipu tipu aku lagi ye apek.. :(( ) apa apek tu cakap aku iyerkan je la bila dia kata bahaya... giler ko nok? kalo tak tukar...buatnyer aku ngah bawak anak² mati kete tu tengah jalan..sapa nak tulong?? PLUS jugak huhuhu...

di fendekkan ceghite... aku abis dekat 5rat la jugakkkkkkkkkkkk :(( :(( :(( :((

notakaki: tolong sesapa jangan sebut nak mintak duit raya kat aku yer! =))

Thursday, August 18, 2011

Akhirnyaaa..

Akhirnyaaa.. yehooooooooooo!!!!!

selepas dua minggu aku berhempas pulas memulas...

soklan final exam telah habeh ku gubal...

letih nok!!!! malam ni nak tido dengan aman dan tenteramnya....

miahahahaha.....

Tuesday, August 16, 2011

Facebook-Blog ping!

ping pong... :P test test...
dalam usaha mencuba link blog and fb page :P
jadi tak?

kekekeke

Tacing

Entry Fendek lagi...

Malam ni tacing lebey..
sbb pe?
sbb dapat sms lambat dari org yg tersayang...
huhuhu...boley gitu?

p/s orang yg tersayang itu = suami hokey... lol

Monday, August 15, 2011

Marah ke?

"From 012-207xxxx
Very Urgent! Msg from HLBB. Your loan cuming 2 month due. LOD(charge RM50) wil send by 19/8.Pls pls pay by Thursday b4 4pm.Urgent!"

Lepas baca my blood terus go upstairs!!!! hidung terus berasap2... motip anto mesej gertak cenggitu kennnn.... pang satgi...

al kisah.. masukkan duit loan.. (loan apa takleh cite =)) )..pastu mesin dia ni ARTIFICIAL INTELLIGENT dia tahap hebakkkk la kengkonon gamaknya.. sampai sume duit pon nak reject.. oi oi... duit i bukan duit palsu hokey! pastu short la sepoloh hengget =)).. nak mak pi cari atm lain?? nan adoooo la.. bajek mak takdo kijo?? hahahaha.. las2 tu dapat mesej ni tu.. =))

sakit hati sbb nak men caj2 plak... huhuhu..malas nak layan.. ingat nak reply je mesej tu..tp xpela.. =)) salah mak jugak =))

Sunday, August 14, 2011

psstt pssttt....

dek non dek non sumeee...
familiar tak ngan gambo kat atas nu?
yer.. yahoo messenger..
sebenarnya nak kata yahoo je :lol:
sebab akaun ari ni nilai dah bertambah!
kekekeke
biarpun amaun nyer tak banyak (sbb baru je kot masuk gomen ni.. :P )
tapi Alhamdulillahhhhh
slamat hari raya!! ^^

Pesanan Utk Suami dari Dr Fadzilah Khamsah (Credit to Kiwi)

Sampai je opis..blogwalking jap..
pastu terserempak ngan pesanan yang ditulis oleh Kiwi Blur..
Leh la pi usha² blog dia kat SINI...

OK.. berbalik pada tajuk.. ni tamparan wanita untuk Sang Suami ni =))...
aish aish aish...tak baik main tampar²...nushuz nokkkk.. derhaka kau!
tak ciom bau syurga baru tau :P
saja nak share.. kot² la cik abang singgah baca tak gitu? hihiihih
Jgn marah yer incek izwan ku sayan! :P (takde masenyeeeee dia nak baca :lol:)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

p/s: seperti kiwi.. mak incek RP pon copy bebulat boooolat...so no edit.. sila cekidaut entry beliau wokey!

Saturday, August 13, 2011

saya gatal..

entry pendek lagi..

udah lama ku pendam..
nak cuba craft felt..
aci tak kalo nak start?

kekekeke

Syoknye Raye!!


dam dam dum.. bunyik mercun... eekekeke ni leh kena saman ni.. belum 15 puasa dah sebok nyanyi lagu raya..

moga2 isnin ni berayalah akaun bank aku.. =))

sebab banyak benda kena bayar ni oiiii... adoiyai!


Monday, August 8, 2011

Special Entry ~ Understand Breastfeeding

Lately, can't seem to get the 'Feed the Future' shouts outta my head.. especially bila tengok vids mommies kat KLCC on the nurse-in event.. masih terkilan sbb tak dapat join the group.. coz the bond they created among mommies is un-sangka-rable.. (ada ke ayat ni? ahahahaha =)) )

Untuk entry ni kita dah takmo cerita pasal event tu..kalo nak leh tengok balik entry sebelum ni kat SINI... kali ni kita nak cerita.. apa respond public terhadap event ni.. dapat ke all mommies relay message yang breastfeeding in public is actually normal? and we have the right to breastfeed our babies anywhere.. selagi aurat terjaga (maaf cerita pasal aurat biarpon ku masih tak sempurna :) )

The answer is YES and NO.

YES
long term still tak dapat nak dipastikan..sbb event baru 2 3 hari berlalu.. namun kita nampak support group yang muncul.. orang² yang sememangnya support breastfeeding.. sanggup bawak askar² (anak²) turun padang.. and we are not talking about 2 3 orang ok.. more than hundreds family tau! ( terkujat bila nampak gamba jason lo pon turun jugak support his wife! ^^ ) and hal ini akan dipanjangkan lagi ke peringkat atas².. and at least management KLCC acknowledge mommies needs.....credit to the organizer and pencetus idea sbb sangat² bekerja keras for the event...

NO
yer.. jangan terkejut bila ada sesetengah pihak yang memandang serong event ini..kononnya ibu² nak tunjuk (.)(.) di khalayak ramai... and pihak² ni pulak sebenarnya muda mudi yang masih BELUM BERKAHWIN dan BELUM MEMPUNYAI ISTERI/ANAK ... kita takla salahkan dorang ni..mungkin diorang takde pendedahan pasal bf ni sendiri.. tapi.. kena tahu nanti² dah kawin..silap² diorang ni yg akan jadi penyokong BF yang tegar.. aku teringat cerita seorang mommy yang mane dulu masa dia belum kawen..dia cemuih kalo tengok ada ibu² yang sibok tanya fasilitator kursus (ni kes keje gomen gamaknya kursus banyak nau! =)) ) tempat utk mengepam.. sbb nya dia kata menyusahkan fasilitator nak carik bilik la nak sediakan tempat yg bagi dia unnecessary... yerrrr.. mmg la time tu unnecessary for u... but now.. dia dah pon bergelar ibu.. and baru dia sedar yang ibu² yang BF ni cekal sebab.. dia dah jadi cam orang yang dia cemuih dulu tu... see? Karma? :) it will come sooner or later...

So kita doakan moga² generasi kita zaman sekarang ni lebih memahami breastfeeding.. kepentingan breastfeeding..and everything about breastfeeding...ok?!

"FEED THE FUTURE"
World breastfeeding Week 1-7August

Foot Note : Agak terkilan jugak kerana tak ada ilmu ni masa anak pertama.. moga² adelia membesar sebagai anak yang sihat,bijak dan solehah biarpun tak memperoleh susu ibu sepenuhnya :)


Sunday, August 7, 2011

Special Entry ~ Nurse In Flashmob @ KLCC and Gurney Plaza


Yes..!! BF mommies pon buat flash mob ok!! ^^ Meh nak cerita sikit...

Actually rasa sangat rugi sbb tak dapat join this event.. sebab macam once in a lifetime.. aku lebih follow activity yg dorang buat kt KLCC rather than kat Gurney sbb ex-skoolmate yg pencetus idea benda ni.. so banyak information tau dari group created by her...

Semua ni start after ada cerita..desas desus..khabar yg dibawa dek angin sepoi² bahasa yg ada seorang bf mom di halau dari KLCC sbb nurse baby dia kat dalam tu.. OMG... soooooooooo not cool hokey! semua ibu² pon macam shocked... amboi amboi amboi.. part yg dok menayang badan tak tentu hala sana sini tu nan adooo pulak ko nak halau yer pak gad! tang orang kasik anak susu kecoh halau.. jadi thats y dorang pon nekad nak buat nurse in flash mob ni kat KLCC.. baru padan muka kau!

So smalam event to berlangsung.. (aku antara orang yang sangat rugi :( ).. bila tengok gambar..nampak all the excitements in all the mommies face.. ada yang siap tulis .. " I MAKE MILK..WHATS YOU SUPERPOWER?? " coollll nokkk.. dalam bahasa pasar nyer... aku ada susu..ko ade?? nan adoooooooo :lol: pastu ada yg tulis " I DONT WANT TO EAT INSIDE THE TOILET" and banyakkkkk lagi...

bagus gak.. gempak sikit KLCC management.. anyhow.. all the effort from each mommies mmg sgt memberansangkan.. aku yg tak pegi pon dapat rasa kehangatan nya huhuhu.. i wish ada lagi event ni nanti... mmg aku heret anak² aku pegi.. :P

one thing for sure.. the community and bond for each and every BF mommies are getting stronger.. so don't mess with them! (us.. ^^ )

psssstttt...dynas pon datang hokey!! kelasssssssssssssssssssssss

ok..sekian..

Ramadhan 2011 ~ Hari ke 6 & 7

Salam satu Malaysia... ^^

Ari ni dah hari ke 8 kita berpuasa..mak aihh.. cepat sungguh rasa.. baru rasa macam smalam start ( tipuu tipuu tipuuu =)) =)) ) tahu² dah hari ke 8..

puasa ke 6 ngan ke 7 aku dok ada kat umah in law.. ari sabtu tu dok berkira² gk.. nak balik ke tak..nak balik ke tak.. last² dek sebab adelia dok sebut² mak tok ngan tok abah.. ku gagahkan jua balik.. Guess what.. sampai gak aku ngan anak² kat alor star (tanpa ada teman hihihihi) kalo sebelom ni tiap kali nak balik mesti mak mertua ku cayang turun butterworth... sbb risaukan kitorang...

since dah berkomplot ngan adik ipar..dia pon belikan makanan siap²..hahaha... sayang adik iparku! so 2 hari di habiskan ngan suasana berbuka dengan family..takdela aku dok sorang².. best!

so ari ni kembali la aku berbuka sorang²... kalo dah sorang tu tahu je la..mana dan la cik oiii...
pasar ramadhan... see u this evening =))

ok zassss.. mak cik banyak keje ni..soklan final tak siap² lagik nihhhh adoiyai!

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 2011 ~ Hari ke 5


sedar tak sedar dah 5 hari dah kita berpuasa..sangat cepat masa berlalu.. giler cepat sbenarnya... keje pun dah semakin menimbun².. tak tercapai dek akalku =)) ngan soalan tak tergubal lagi.. dengan nota tak terabis lagi.. dengan kuiz tak bertanda..lab report lagik.. *pengsan* tapi ada jugak masa nak menaip kat sini =)) =))

baru hari ke-4 berbuka dah bosan makan nasik.. tapi gagahkan jugak.. ^^ pastu terbaca plak artikel pasal breastfeeding mom di encourage untuk makan moreh... lagi la i loikeeee =)) partt makan serahhhhh...pas tu part badan..? marahhhhhhh =))

so menu semalam:

nasik hayam
popia goreng sira sambal yg sedap (harus beli hari²!!)
murtabak hayam

air soya piau!! (harus beli lagik ari ni...)
air teh bunga santek!

ko bbuka apa? cer citer..cer citer...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2011

Salam satu Malaysia...
:lol:

lately mmg tak sempat makcik nak menghapdet blog.. cerita kemain banyak rasa nak tulis.. tapi nantila..jap lagi la.. ha ni lah hasilnya..hari ni baru ada mood.. tu pon sampai dah tak tahu nak taip apa sebab rasa macam banyakkkk gilewwwww =))

lately rasa keje macam menimbun.. segedebok datang.. dengan kena buat buku nyer.. kena gubal soalannya.. persepsi yg keje gomen tu senang automatically berubah dek non.. kalo ko rasa keje swasta tu payah..keje gomen ponnnn same payah.. cuma beza yang ketara is ada masa untuk family.. tu je yang penting.. :P

Ramadhan kali ni aku sorang²... cik abang tadeeee wuuuuuuu *Sedey* .. apekan daya... saya menurut perintah =)) tapi takpela.. orng kata walau jauh dia mata..dekattttt di hati.. ececeeeececece... pooyo! ^^

tahun ni raya mana eak? malas nak pk serah je pada yang pakar utk decide...kikikiki...

ape lagi nak cerita... ha!! *bukannak menunjuk,cumaterlaluseronok' Alhamdulillah dah dapat gadget idaman :x:x skang ni rajin skit ngepam.. malam dah start bangun ngepam.. 'sebabaakifpunya stok dah sangattakde'.. moga² dalam peti ais tu bertambah la skit..baru seronok.. ni pulak bulan Ramadhan.. memang dugaannnn ya dugaann..huhu~

apa2 pon.. selama berpuasa!! nak start beli baju raya dah aci tak? kekeke

cau cin cauuuuuu!!