Pages

Followers

Friday, May 27, 2011

Bila Aku Bersumpah...



Sumpah?? Swear?? Janji?? dan apa je perkataan yg setara dengannya...
bila korang sebut sumpah.. tahu kah korang maksud sbenar dia???

jom kita tengok sikit definisi sumpah...

sumpah

  1. pengakuan yang dibuat (dengan bersaksikan Tuhan atau sesuatu yang dianggap suci) untuk menguatkan apa yang dikatakan dan lain-lain
  2. pengakuan bahawa apa yang dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar)
    sumpah potong ayam sumpah dengan menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja)
  3. kata-kata yang mengutuk (maki hamun dan lain-lain), kutuk, tulah
  4. janji yang teguh untuk melakukan sesuatu, ikrar
  5. sumpah besi kawi sumpah dengan meminum air yang di dalamnya telah direndam besi kawi
    sumpah bohong sumpah sumpah palsu sumpah yang bersalahan dengan kebenaran
    sumpah celur (celup) sumpah dengan mencelupkan tangan dalam air (minyak) yang mendidih
    sumpah jabatan Indonesia sumpah yang dibuat pada waktu memegang jawatan
    sumpah jilat besi sumpah yang dibuat dengan menjilat besi panas
    sumpah keramat sumpah yang dibuat di tempat yang dianggap keramat
    sumpah Quran sumpah yang dibuat dengan memakai Quran
    sumpah menyelam sumpah yang dibuat oleh dua orang yang menyelam (siapa yang lebih lama dalam air dialah yang benar)
    sumpah minum air keris sumpah dengan meminum air keris (yang dianggap sakti)
    sumpah seranah sumpah sumpah serapah berbagai-bagai sumpah
    sumpah setia sumpah untuk menyatakan kesetiaan
    sumpah uji api sumpah dengan menggunakan api
  6. bersumpah menyatakan kebenaran dan lain-lain sesuatu perkara dengan sumpah, menyatakan kesetiaan dan lain-lain dengan sumpah, mengangkat sumpah
  7. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar
  8. menyumpah mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah
  9. sumpah menyumpahi menghamburkan kata-kata yang tidak baik kepada, mengutuki, menyeranah
  10. mempersumpahkan membenarkan membuat sumpah, menyuruh bersumpah
  11. membuat sesuatu kenyataan dengan sumpah, bersumpah
macam² sumpah ada kan?? tapi bagi aku satu je erti sumpah... kini, akan datang, dan selamanya²..apa yg disumpahkan tu tak akan aku buat lagi.. biar apa orang nak kata.. biar apa akibat nya pada aku.. biar apa pon jugak!! aku tetap pegang pada pendirian aku...

sekian



No comments:

Post a Comment