Pages

Followers

Monday, July 19, 2010

Resepi Caramel Ku..

Ha..tetiba aku teringat pulak nak upkan resepi caramel.. moga jadik panduan sahabatku Tila.. yerlah..dah bakal suami soh buat.. buat ler yer... so in case ko tetiba tergerak nak buat... below are the ingresients and methods on how to do it... simple tapi sedap!! U bet!! :P

Bahan-bahan:

Satu tin susu cair (ikot suka F&N ke, Ideal boleh...)
6 bijik telur grade A.. ( besarrrrr punya =)) )
satu sudu teh esen vanilla
satu tin gula (guna tin susu tadik - kalo aku selalu buat 3/4 tin je..kurang manis sket :P tp still manis lagik!)
satu suku tin air (nak bagi dia moist ada air gitu~! )

Cara-cara:
  1. Tuang semua bahan² kat atas ke dalam satu bekas and mesin sampai gula hancur. dah sudah letak tepi jap.
  2. Ambil sebiji loyang... kalo aku selalu pakai large size sbb bahan² ni aku suka satu adunan. Letak atas dapur, masukkan 3 sudu gula, and masak sampai jadik gula hangus.
  3. Tutup api selepas gula hangus. Alihkan loyang yg ada gula hangus ni ke dalam pengukus. (make sure saiz loyang korang boleh muat pengukus)
  4. Kemudian tuang adunan tu ke dalam loyang ada gula hangus tadi and kukus sampai masak. Camne nak tahu dah masak? korang amik lidi..cocok kantengok ada bahan melekat tak.Kalo takde maknanya dah masak la..
  5. Rupa dari atas loyang mungkin nampak tak cantik..tapi kalo nak hidang korang perlu kuarkan dia..so terlangkupkan loyang tu kat pinggan hidang.. cantik rupanya licinnn je..
  6. Jangan lupa masukkan lam peti ais sbb caramel ni sedap sangat di makan time dia sejuk..hue hue~
SELAMAT MENCUBA!!~


** gamba ni aku curik dari malaysiansupermummy.blogspot.com sbb aku nak tunjuk rupa dia bagi yg tak kenal..hikhik

No comments:

Post a Comment